Orang-orang
yang meninggalkan Solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah
berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman
Allah s.w.t . yang bermaksud :
"Apakah
yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami
tidak menunaikan Solat".
Sementara
itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang
yang meninggalkan Solat fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti
berikut.
Solat Subuh
Barang
siapa yang meninggalkan Solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya
ke dalam neraka selama 60 tahun.
Solat Zohor
Barang
siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan
membunuh 1000 orang Islam
Solat Asar
Barang
siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan
seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Solat Maghrib
Barang
siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina
dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina
dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Solat Isya'
Barang
siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia
tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan
Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah
s.w.t.
Di
antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :
Sabda
Nabi s.a.w. :
"Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan
barang siapa yang meringankan Solat maka ia akan diseksa dengan 15 perkara
..
> 6 perkara di dunia
> 3 perkara sewaktu hendak mati
> 3 perkara sewaktu di dalam kubur
> 3 perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
Nauzubillahminzalik...
No comments:
Post a Comment