Saturday, December 31, 2011

ApakaH ? ^_^



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

•Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

→ Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
(Surah Ali-Imran:185) .

•Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

→ Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

•Soalan ketiga

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

→ Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

•Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

→ Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

•Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

→ Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

•Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

→ Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. * p/s ; Fikir2kaN , Renung2kaN , SeLamat meMbuat perUbaHan :)

Wednesday, December 28, 2011

J0m muHasabah diri kita ♥


 

Sahabat :)

Janganlah menunggu ketika sudah hilang kesempatan
untuk melakukan kebaikan. Jadikan setiap masa itu menjaDi masa yang amat berharga buat diri kita...

Biar kita mampu mentransformasikan setiap detik masa kita itu untuk meraih pahala...

Barulah ada nilainya di sisi Allah Taala...

Jangan jadi orang yang menyesal seperti maksud firman
Allah dalam surah as-Sajdah, 12:

“…Tuhan kami, kami telah lihat dan telah dengar,
maka kembalikanlah kami (ke dunia) nescaya kami akan
mengerjakan amal kebaikan, sungguh kami adalah orang yang yakin..”

Ketika itu, yakin pun tidak ada gunanya lagi.
Kerana telah habis waktu untuk beramal, dan semua
manusia hanya menunggu hisab Allah ketika itu...

Yang meminta kembali ke dunia hanya membuat kerja sia-sia...
Dulu di dunia, tidak pandai menjaga masa. Akhirat, terpaksaLah menanggung akibatnya...

Hari baru dan tahun kehidupan yang baru adalah tanda Allah masih sayangkan kita sahabat :)..
Berusahalah menjaga sayang Allah itu pada kita...
Biar sayang itu tidak berkurang...

Dan biar setiap detik masa kita menjadi medan pahala untuk
merebut syurga !
InsyaAllah ^_^


* p/s ; 

♥.kehidupan tanpa kegagalan tidak adalah pengalaman yang mendewasakan.♥
♥.Jadi BerusahaLah untuk meLakukan seberaPa banyak kebaikan yang kita maMpu seLagi kita masih diberi nikmat untuk meLakukannya.♥



Tuesday, December 27, 2011

.:: Jawablah Sendiri ::.

Mengapa apabila diminta mengajak kebaikan
kita malu dan segan ?
Takut dikata nampak macam bagus ?
Tetapi apabila diasak dengan keburukan 
kita menambah tanpa dipinta
Supaya nampak sangat setia kawan.

Kenapa ketika diseru kepada kebaikan
Cepat-cepat kita terfikir ini betul atau tidak ?
Tetapi waktu kita disogok dengan keburukan
Tanpa berfikir kita menyahut.

Adakah apabila kita diajak ke tempat yang baik
Banyak sungguh urusan kita yang belum selesai ?
Namun apabila diajak ke tempat buruk
Cepat-cepat urusan lain ditangguhkan.

Apakah juga satu ketika kita ditimpa ujian
Cepat-cepat kita melatah ?
Tapi apabila kita memperoleh kurnia
Lambat sekali kita mengucap syukur.

Begitulah soalan mudah untuk dijwab
Tidak perlu dijawab di atas kertas
Tidak perlu diumumkan kepada khayalak
Cukup sekadar
Jawablah sendiri

Friday, December 23, 2011

Tuhan Panjangkanlah Umur Ku...


Bismillahhirahmannirahhim....

Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri: "Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini?"

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: "Kerana dosaku terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat."

Assalammualaikum warrahmatullah...

Berdasarkan Ayat-ayat di atas sana, Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa dosanya terlalu banyak,sebab itu umurnya dipanjangkan.Sedangkan dia merupakan seorang alim ulama.Menghafal banyak hadis-hadis Nabi serta menghafaz Al-Quran.

Bagaimana pula dengan kita?...

Adakah kita berfikiran seperti itu juga?Sedarlah bahawa Imam Al-Ghazali berfikiran macam itu kerana ilmu yang disampaikanya kepada kita semua berkemungkinan merangkumi dosa,kerana dia bukanlah Maksum.Allah memanjangkan umur nya agar Imam Al-Ghazali memperbetulkan kesalahan nya supaya dia tidak menerima dosa yang berterusan yang akan dibawa ke akhirat kelak.Allah akan mencabut nyawa nya apabila tibanya masa yang sesuai.Ingatlah bahawa Allah S.W.T tidak akan membiarkan hambanya mati dengan sia - sia sekiranya hambanya berusaha untuk bertaubat kepadaya.

Kita ? Bagaimana ?..
Insyallah,Allah akan mencabut nyawa kita dalam keadaan yang sesuai dengan keinginan(doa) kita harapkan agar mendapat kematian yang baik.





Mana Tahu bahawa,

Umur kita dipanjangkan :
  • Kerana terdapat lagi amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita di dunia ini yang masih belum selesai.
  • Agar kita dapat membimbing Ibu Bapa,Sahabat,Lelaki/Wanita yang banyak dosa untuk masuk ke syurga.
  • Di antara Ilmu yang telah kita sampaikan akan membawa dosa yang berterusan hingga ke akhirat.
  • Allah ingin menunjukkan contoh manusia yang jahat seperti kita kepada orang lain dan contoh yang baik seperti kita kepada orang lain agar mereka tidak mengikuti yang buruk dan mencontohi yang baik.
  • Agar kita dapat medidik adik-beradik kita menjadi seorang yang soleh dan solehah untuk membawa Ibu Bapa kita ke dalam syurga.
  • Kerana terdapat bilangan dosa yang melebihi bilangan pahala yang ada pada kita.
  • Jika Lelaki : Allah akan memanjangkan umur nya agar dapat mendidik wanita yang dikahwininya supaya tidak terheret ke dalam api neraka.
  • Jika Wanita : Allah memanjangkan umur nya untuk menguji penjagaan kehormatan(kemaluan) hambanya di dunia.
  • Jika Ibu : Allah memanjangkan umur nya supaya dapat mendidik anak - anak nya menjadi anak yang soleh dan solehah supaya cahaya matanya tidak terheret ke dalam api neraka selepas kematiannya.
  • Jika Ayah : Allah akan memanjangkan umur nya supaya anak - anak mengikuti ajaran agama(Islam) dengan sebaik-baiknya dan juga supaya anak perempuan nya akan terbiasa dalam penjagaan kemaluan mereka daripada mendapat dosa. 
''Ya Allah,sesungguhnya aku seorang hamba yang banyak buat dosa padaMu.Dan aku takut yang lain diheret masuk ke dalam neraka Mu.Berikanlah masa untukku di dunia ini agar dapat membimbing dirikku dan yang lain untuk bertaubat padaMu.Ya Allah Ya Tuhanku,Panjangkanlah Umur Ku.'' Amin....
Wassalammualaikum warrahmatullah.


~ Pesanan Buat Kaum Hawa dan Adam ~


❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤¸.•*""*•.¸❤ ❤❤¸.•*""*•.¸❤ 

 "Untuk adam.. andai mahu mencari hawa.. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata.. kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.. lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik.. fikirlah semasaknya utk menyuntingnya.. sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.." 

 ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤¸.•*""*•.¸❤ ❤❤¸.•*""*•.¸❤ 

  "Untuk adam.. andai mahu mencari hawa.. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.. lihatlah pada sebujur bibirnya.. andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya.. fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.. khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami.."

 ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤¸.•*""*•.¸❤ ❤❤¸.•*""*•.¸❤ 

"Untuk adam.. andai mahu mencari hawa.. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.. andai tidak redup menunduk pandangan.. fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya.. khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.."

 ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤¸.•*""*•.¸❤ ❤❤¸.•*""*•.¸❤ 

"Untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam.. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata.. lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma.. fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.."

 ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤¸.•*""*•.¸❤ ❤❤¸.•*""*•.¸❤ 

"Untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam.. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata.. lihatlah pada bahagian kakinya.. andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola.. fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima.. kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.."

 ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤¸.•*""*•.¸❤ ❤❤¸.•*""*•.¸❤ 

"Untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam.. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata.. lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara.. andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah.. fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya.. khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.."

 ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤ ❤¸.•*""*•.¸❤¸.•*""*•.¸❤ ❤❤¸.•*""*•.¸❤ 

Semoga kita dipertemukan dengan insan yang baik dan soleh.. Amin...

dan ingat lah..

"Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik " (surah An Nur Ayat 26)

(^_^) ♥ InsyaAllah ...


Monday, December 19, 2011

AyuH baNgun seMuLa !!

* istiqamah = disiplin 
* Jiddiyah ( kesungguhan ) = fokus

Dua kata yang sedang cuba kita realisasikan dalam kehidupan.. 
nampak mudah dan simple.. 
hakikatnya susah dan perit.. 
tapi bagi hamba yang taat,, 
takkan cepat mengalah selagi redha penciptanya belum digarap.

tak dinafikan, 
payah menerpa ketika kita hampir berada di puncak keberhasilan. 
di saat prinsip dipasak kukuh dalam jiwa, 
ada saja percikan dugaan menyentap keselesaan.
Ingat sahabatku yang disayangi !

jika benar masamu diluangkan untuk menyambut bicara ALLAH, 
tentu bicaraNYA dalam surah fussilat (41:30), 
kau sambut dengan jiwa lapangmu..
firman ALLAH maksudnya: 
" sesungguhnya orang yang mengatakan keyakinanya: 
'Tuhan kami adalah ALLAH' , 
kemudian mereka tetap meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada 
mereka (dengan berkata) :
'janganlah kamu merasa takut dan janganlah 
pula kamu merasa sedih ; 
dan bergembiralah kamu dengan 
memperoleh syurga yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu' "

(fussilat 41:30)

! Kunci Bahagia !

setuju atau tidak jika dikatakan,
fokus dan disiplin adalah kunci kebahagiaan?
jawapan saya..
ya. disiplin dan fokus yang bersatu dalam satu formula.
 istiqamah + jiddiyah + taqwa = kejayaan dan jalan keluar
      


kata imam nawawi,

makna istiqamah adalah sentiasa berada 
dalam ketaatan yang ringkas, 
namun sarat dengan ALLAH . 
istiqamah merupakan satu kata makna, 
dan dialah asal bagi semua urusan. 
subhanallah, apatahlagi jika perencah jiddiyah ditambah.. 
InsyaALLAH keberhasilan akan jadi luar biasa!
Haaa, tunggu apa lagi ?!

mulakan sekarang..! saat ini..!
dalam surah al-baqarah:148 pun ALLAH dah
motivate kita: berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan...

kita dah tahu, istiqamah adalah 
asal bagi segala urusan. 
kukuhkanlah tekad dalam 
diri untuk terus istiqamah 
dengan kebaikan. 
istiqamah solat di masjid. 
istiqamah solat rawatib dan dhuha. 
istiqamah menulis blog sbagai medan dakwah. 
istiqamah blogwalking kerana ALLAH..
sahabat, 
mulakan istiqamahmu sekarang.. !
kerana kita takut.. 
takut terjadi di zaman ini, 
kebenaran sabda nabi dalam sebuah hadis 
yang diriwayatkan daripada abu hurairah .r.a. 
Rasulullah s.a.w bersabda:

maksudnya:
"bersegeralah kamu dalam 
mengerjakan amal soleh,
kerana kelak akan muncul fitnah 
sebagaimana 
gelap-gelitanya malam.
sehingga seseorang yang ketika pagi 
harinya masih mu'min, 
namun di petang harinya sudah 
berubah menjadi kafir.
dan seseorang yang di petang harinya masih mukmin, 
namun di pagi harinya berubah menjadi kafir,
lantaran rela menukar agamanya dengan kesenangan dunia"

 (riwayat Muslim no. 118)
 Tinta Penutup :)

Bila hati diserah kepada ALLAH,
tiada resah,
tiada gelisah,
bila apa yang diburu hanya demi mardhotillah,
hilang rasa gundah,
hidup rasa indah,
berpenat lelahlah..

ketika di dunia,
untuk merasa nikmat mahar di syurga,
moga tabah hati kita,
di atas jalan perjuangan keranaNYA,
sekalipun berjuang dengan pena !

InsyaAllah ..=') 

Sunday, December 18, 2011

Maksud SABAR =)

Menurut Imam al-Ghazali , sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada 3 :- yakni sabar ketika hendak meMULAkannya , SEMASA menggerjakannya dan SELEPAS mengerjakannya. 
          
       SAbar sebelum memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah . Jangan sesekali mengharap pujian, pengiktirafan , dan penghargaan daripada manusia. Dengan kesabaran, kita mampu menangkis sifat riyak atau syirik kecik sebelum melakukan ibadah.


      Sabar semasa melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya. Umpamanya apabila menutup aurat , tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa , disindir orang dan sebagainya . Namun kita terus istiqamah untuk melakukannya walau betapa sukar sekalipun fizikal, emosi dan hati kita menanggungnya.


      Manakala sabar selepas melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada sifat riyak (menunjuk-nunjuk) , sum'ah (suka mendengar pujian) dan ujub (berasa hairan dengan kemampuan diri). Menurut Imam al- Ghazali, sabar di peringkat inilah paling sukar. Ini adalah godaan yang menimpa hati. Jika tauhid tidak dihayati, maka dengan mudah sahaja syaitan menipu lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.


       Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan, orang yang membaca Al - Quran dan orang yang mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas.


Wallahuallam :)


katakaN tiDak !

Tidak ..! 
anDa tidak akaN menyia2kan umurMu..

Tidak ..! 
anDa tidak akaN menCari2 kesaLaHaN & menGumpat 0rg laiN 
serta 
melupakaN ksaLahaN & aiB diri senDiri..

Tidak ..! 
anDa tidak akaN berperanGai mengikut keheNdak hawa nafsu seMata-mata..

Tidak ..! 
anDa tidak akaN memBuang waktu bersama dengan 
orang yang membuaNg waktu dengaN perkara sia2..

Tidak ..! 
anDa tidak akaN minuM minuMan yang haram , 
mer0kok dan segaLa sesUatu yang najis & kot0r..

Tidak ..! 
anDa tidak akan mengingat musibaH yang teLah berLalu , 
benCaNa yang suDah siLam , & kekeliruaN yang prnah dialaMi..

Tidak ..! 
anDa tidak akaN meLupakan akhirat & amaL untuknya 
& aLpa trhaDaP tanda2 keberadaannya..

  ** keHiduPan INDAH yang ada di sekeliling kita sebenarnya 
aDaLah panggiLan hakiki untuk mmPer0leh  
kebahaGiaan jika kita mengatakaN 
TIDAK kepada perkara2 
seperti yang dinyatakan 
di atas ..=)