Sunday, December 18, 2011

Maksud SABAR =)

Menurut Imam al-Ghazali , sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada 3 :- yakni sabar ketika hendak meMULAkannya , SEMASA menggerjakannya dan SELEPAS mengerjakannya. 
          
       SAbar sebelum memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah . Jangan sesekali mengharap pujian, pengiktirafan , dan penghargaan daripada manusia. Dengan kesabaran, kita mampu menangkis sifat riyak atau syirik kecik sebelum melakukan ibadah.


      Sabar semasa melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya. Umpamanya apabila menutup aurat , tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa , disindir orang dan sebagainya . Namun kita terus istiqamah untuk melakukannya walau betapa sukar sekalipun fizikal, emosi dan hati kita menanggungnya.


      Manakala sabar selepas melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada sifat riyak (menunjuk-nunjuk) , sum'ah (suka mendengar pujian) dan ujub (berasa hairan dengan kemampuan diri). Menurut Imam al- Ghazali, sabar di peringkat inilah paling sukar. Ini adalah godaan yang menimpa hati. Jika tauhid tidak dihayati, maka dengan mudah sahaja syaitan menipu lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.


       Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan, orang yang membaca Al - Quran dan orang yang mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas.


Wallahuallam :)


No comments:

Post a Comment