Monday, December 19, 2011

AyuH baNgun seMuLa !!

* istiqamah = disiplin 
* Jiddiyah ( kesungguhan ) = fokus

Dua kata yang sedang cuba kita realisasikan dalam kehidupan.. 
nampak mudah dan simple.. 
hakikatnya susah dan perit.. 
tapi bagi hamba yang taat,, 
takkan cepat mengalah selagi redha penciptanya belum digarap.

tak dinafikan, 
payah menerpa ketika kita hampir berada di puncak keberhasilan. 
di saat prinsip dipasak kukuh dalam jiwa, 
ada saja percikan dugaan menyentap keselesaan.
Ingat sahabatku yang disayangi !

jika benar masamu diluangkan untuk menyambut bicara ALLAH, 
tentu bicaraNYA dalam surah fussilat (41:30), 
kau sambut dengan jiwa lapangmu..
firman ALLAH maksudnya: 
" sesungguhnya orang yang mengatakan keyakinanya: 
'Tuhan kami adalah ALLAH' , 
kemudian mereka tetap meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada 
mereka (dengan berkata) :
'janganlah kamu merasa takut dan janganlah 
pula kamu merasa sedih ; 
dan bergembiralah kamu dengan 
memperoleh syurga yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu' "

(fussilat 41:30)

! Kunci Bahagia !

setuju atau tidak jika dikatakan,
fokus dan disiplin adalah kunci kebahagiaan?
jawapan saya..
ya. disiplin dan fokus yang bersatu dalam satu formula.
 istiqamah + jiddiyah + taqwa = kejayaan dan jalan keluar
      


kata imam nawawi,

makna istiqamah adalah sentiasa berada 
dalam ketaatan yang ringkas, 
namun sarat dengan ALLAH . 
istiqamah merupakan satu kata makna, 
dan dialah asal bagi semua urusan. 
subhanallah, apatahlagi jika perencah jiddiyah ditambah.. 
InsyaALLAH keberhasilan akan jadi luar biasa!
Haaa, tunggu apa lagi ?!

mulakan sekarang..! saat ini..!
dalam surah al-baqarah:148 pun ALLAH dah
motivate kita: berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan...

kita dah tahu, istiqamah adalah 
asal bagi segala urusan. 
kukuhkanlah tekad dalam 
diri untuk terus istiqamah 
dengan kebaikan. 
istiqamah solat di masjid. 
istiqamah solat rawatib dan dhuha. 
istiqamah menulis blog sbagai medan dakwah. 
istiqamah blogwalking kerana ALLAH..
sahabat, 
mulakan istiqamahmu sekarang.. !
kerana kita takut.. 
takut terjadi di zaman ini, 
kebenaran sabda nabi dalam sebuah hadis 
yang diriwayatkan daripada abu hurairah .r.a. 
Rasulullah s.a.w bersabda:

maksudnya:
"bersegeralah kamu dalam 
mengerjakan amal soleh,
kerana kelak akan muncul fitnah 
sebagaimana 
gelap-gelitanya malam.
sehingga seseorang yang ketika pagi 
harinya masih mu'min, 
namun di petang harinya sudah 
berubah menjadi kafir.
dan seseorang yang di petang harinya masih mukmin, 
namun di pagi harinya berubah menjadi kafir,
lantaran rela menukar agamanya dengan kesenangan dunia"

 (riwayat Muslim no. 118)
 Tinta Penutup :)

Bila hati diserah kepada ALLAH,
tiada resah,
tiada gelisah,
bila apa yang diburu hanya demi mardhotillah,
hilang rasa gundah,
hidup rasa indah,
berpenat lelahlah..

ketika di dunia,
untuk merasa nikmat mahar di syurga,
moga tabah hati kita,
di atas jalan perjuangan keranaNYA,
sekalipun berjuang dengan pena !

InsyaAllah ..=') 

No comments:

Post a Comment