Friday, December 23, 2011

Tuhan Panjangkanlah Umur Ku...


Bismillahhirahmannirahhim....

Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri: "Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini?"

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: "Kerana dosaku terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat."

Assalammualaikum warrahmatullah...

Berdasarkan Ayat-ayat di atas sana, Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa dosanya terlalu banyak,sebab itu umurnya dipanjangkan.Sedangkan dia merupakan seorang alim ulama.Menghafal banyak hadis-hadis Nabi serta menghafaz Al-Quran.

Bagaimana pula dengan kita?...

Adakah kita berfikiran seperti itu juga?Sedarlah bahawa Imam Al-Ghazali berfikiran macam itu kerana ilmu yang disampaikanya kepada kita semua berkemungkinan merangkumi dosa,kerana dia bukanlah Maksum.Allah memanjangkan umur nya agar Imam Al-Ghazali memperbetulkan kesalahan nya supaya dia tidak menerima dosa yang berterusan yang akan dibawa ke akhirat kelak.Allah akan mencabut nyawa nya apabila tibanya masa yang sesuai.Ingatlah bahawa Allah S.W.T tidak akan membiarkan hambanya mati dengan sia - sia sekiranya hambanya berusaha untuk bertaubat kepadaya.

Kita ? Bagaimana ?..
Insyallah,Allah akan mencabut nyawa kita dalam keadaan yang sesuai dengan keinginan(doa) kita harapkan agar mendapat kematian yang baik.





Mana Tahu bahawa,

Umur kita dipanjangkan :
  • Kerana terdapat lagi amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita di dunia ini yang masih belum selesai.
  • Agar kita dapat membimbing Ibu Bapa,Sahabat,Lelaki/Wanita yang banyak dosa untuk masuk ke syurga.
  • Di antara Ilmu yang telah kita sampaikan akan membawa dosa yang berterusan hingga ke akhirat.
  • Allah ingin menunjukkan contoh manusia yang jahat seperti kita kepada orang lain dan contoh yang baik seperti kita kepada orang lain agar mereka tidak mengikuti yang buruk dan mencontohi yang baik.
  • Agar kita dapat medidik adik-beradik kita menjadi seorang yang soleh dan solehah untuk membawa Ibu Bapa kita ke dalam syurga.
  • Kerana terdapat bilangan dosa yang melebihi bilangan pahala yang ada pada kita.
  • Jika Lelaki : Allah akan memanjangkan umur nya agar dapat mendidik wanita yang dikahwininya supaya tidak terheret ke dalam api neraka.
  • Jika Wanita : Allah memanjangkan umur nya untuk menguji penjagaan kehormatan(kemaluan) hambanya di dunia.
  • Jika Ibu : Allah memanjangkan umur nya supaya dapat mendidik anak - anak nya menjadi anak yang soleh dan solehah supaya cahaya matanya tidak terheret ke dalam api neraka selepas kematiannya.
  • Jika Ayah : Allah akan memanjangkan umur nya supaya anak - anak mengikuti ajaran agama(Islam) dengan sebaik-baiknya dan juga supaya anak perempuan nya akan terbiasa dalam penjagaan kemaluan mereka daripada mendapat dosa. 
''Ya Allah,sesungguhnya aku seorang hamba yang banyak buat dosa padaMu.Dan aku takut yang lain diheret masuk ke dalam neraka Mu.Berikanlah masa untukku di dunia ini agar dapat membimbing dirikku dan yang lain untuk bertaubat padaMu.Ya Allah Ya Tuhanku,Panjangkanlah Umur Ku.'' Amin....
Wassalammualaikum warrahmatullah.


No comments:

Post a Comment