Monday, April 2, 2012

Lima Hal Yang Paling UTAMA =)

    ~ Umar r.a. berkata : ~   


  * Aku telah memperhatikan semua TEMAN . Namun , tidak ada 
    yang lebih utama daripada memelihara LISAN .


* Aku telah memerhatikan semua  PAKAIAN . Namun , tidak ada 
    yang lebih utama daripada WARAK .


* Aku telah melihat semua HARTA
Tetapi , tidak melihat 
   yang lebih utama daripada sifat QANAAH .


* Aku telah melihat semua KEBAIKAN
Tetapi , tidak melihat 
  yang lebih utama daripada IKHLAS dalam BERAMAL .


* Aku telah melihat semua MAKANAN
Namun , aku tidak melihat 
   yang lebih nikmat daripada SABAR .



  p/s ; Dalam kebaikan terdapat keredhaan Manusia , 
sedang dalam taqwa terdapat keredhaan Allah SWT . 
 Barangsiapa berhasil meraih kedua-duanya , sungguh telah 
 sempurna kebahagiaan dan nikmat yang diraihnya...:) 

Sunday, February 5, 2012

Akhirat Itu Pasti


Antara tanda-tanda KIAMAT kecil berdasarkan hadis

Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani 



Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Monday, January 23, 2012

10 Sikap Manusia Yang Dicela Allah SWT


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia 
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sunday, January 15, 2012

BiDaDari TerCanTik~


"Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tersebut).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan. 



Kisah... ... :

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat ingin tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut... . tetapi dia malu hendak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum waktu Zuhor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama berjemaah tadi... tidur bersama-sama... .

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab "ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... "eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardhiah ada di atas mahligai sana..." lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua... . dan tak pernah dia lihat di dunia... . lalu wanita itu berkata ... "akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untuk aku..."  bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... "nantiii kamu belum syahid lagiiii..."  tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah diceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda itu telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka sahabat pemuda yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal pemuda yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab "benar... benar... benar..." dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata "memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..." 

Subhanallah... =)

Wednesday, January 4, 2012

Ped0man dari kisah Zulaikha & Nabi yusuf A.S




Dahulu hidupnya di dalam kemuliaan dan kemewahan..
Dia seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang
cantik dan juga menawan..

Dia adaLah ;  Siti Zulaikha…

Pada asalnya dia merupakan isteri kepada Al Aziz,
seorang pembesar Mesir..
Namun setelah ketiadaan suaminya,
ia menjadi jatuh miskin dan wajahnya menjadi kelihatan tua...
Meskipun begitu, kecintaannya kepada Nabi Yusuf A.S tetap sama..
Tidak berubah malah hari demi hari,
zulaikha semakin merindui dan mencintai Nabi Yusuf A.S.

Hari-harinya berlalu dengan kekecewaan..
Zulaikha yang sebelum ini seorang penyembah berhala..
Dia pernah menghempas berhala – berhala tersebut sehingga
pecah berderai..
Sehinggalah pada suatu masa,
Zulaikha beriman kepada Allah S.W.T.

Pada suatu malam,
Zulaikha bermunajat kepada Allah SWT,

“Ya Allah, tidak sedikit pun harta dan
kekayaanku tinggal,
semuanya telah musnah,
dan aku telah menjadiorang yang tua,
terhina dan miskin.
Lalu Engkau uji pula
dengan rasa cinta terhadap Yusuf...
Maka pertemukanlah aku dengannya atau
Engkau hilangkanlah rasa cinta
terhadapnya daripada qalbuku...”

* Para malaikat mendengar munajat Siti Zulaikha tersebut lalu berkata :
'' Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Zulaikha
telah datang ke HadhratMu ,
memohon kepadaMu
dengan iman dan  ikhlas..''

Maka Allah berfirman :
'' Wahai para malaikat Ku, telah dekat waktu keuntungan dan kebebasannya...''



Siti Zulaikha Menemui Rombongan Yusuf A.S.

...Pada suatu hari....
Nabi Yusuf A.S berjalan melewati pondok Siti Zulaikha
bersama dengan rombongan tenteranya..
Maka keluarlah Ziti Zulaikha dari dalam pondoknya,
dan pergi menemui rombongan Nabi Yusuf A.s lalu berkata,

'' Maha Suci Zat yang telah menjadikan dengan RahmatNya
seorang budak menjadi raja..''

Kemudian Yusuf A.s bertanya :
“Siapakah engkau ?

Zulaikha menjawab :
“Aku adalah orang yang telah membelimu dengan permata,
intan, berlian,
emas,dan minyak yang paling wangi..
Akulah orang yang tidak pernah kenyang
apabila makan semenjak aku menyintaimu,
dan mataku tidak dapat dipejamkan semenjak
memandangmu...

Lalu Nabi Yusuf A.s berkata :
“Mungkin engkau adalah Zulaikha !”

Jawab Zulaikha,
“Benar Ya Yusuf..”

Yusuf bertanya lagi,
“Kemanakah harta,kecantikan dan segala kemewahanmu
yang dahulu ?”

Zulaikha menjawab,
“Semuanya telah lenyap lantaran cintaku kepadamu,

Yusuf bertanya,
“Bagaimana dengan keadaan cintamu itu ?

Zulaikha berkata,
“Cintaku tetap tidak berubah, malah setiap saat semakin menyintaimu ...

Kemudian Yusuf as berkata kepada Zulaikha,
“Apakah yang engkau inginkan lagi wahai Zulaikha ?”

Zulaikha menjawab,
“Aku mengingini tiga (3) perkara iaitu kecantikan, harta dan perkahwinan.”

..Lalu Yusuf A.S. berlalu pergi untuk meninggalkan Zulaikha..


..Allah SWT Menikahkan Nabi Yusuf A.S. dengan Zulaikha..

Allah SWT telah mewahyukan Yusuf A.S. ketika baginda berlalu
pergi meninggalkan Zulaikha...

“Wahai Yusuf, engkau telah berkata kepada
Zulaikha apa yang engkau inginkan...
Akan tetapi engkau tidak memberikan
jawapan diatas keinginannya itu...
Ketahuilah olehmu,
bahawasanya Allah telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha,
Dia telah mengucapkan khutbahnya sendiri,
disaksikan oleh para malaikat dan bidadari – bidadari
yang pun telah menabur bunga – bunga...

Nabi Yusuf A.S berkata kepada Jibril , 
'' Wahai Jibril, sesungguhnya Zulaikha
tidak lagi memiliki harta dan kecantikan...''
Jibril A.S. lantas menjawab,
“Allah berfirman, walaupun Zulaikha
tidak memeliki kecantikannya lagi,
namun sesungguhnya
Aku mempunyai kekuasaaan dan kebesaran.”

Kemudian Allah S.W.T. memberikan kepada Zulaikha
rupa paras yang muda dan sangat cantik,
melebihi daripada kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu...
Lalu Allah S.W.T. menanamkan ke dalam hati Yusuf
rasa cinta dan kasih sayang...
Sebelumnya Yusuf sebagai orang yang dicintai,
namun sekarang Yusuf menjadi seorang pencinta...
Sedangkan pada suatu ketika dahulu
Zulaikha menjadi seorang pencinta,
kini dia menjadi orang yang dicintai...

Subhanallah :)


..Pengajaran dari kisah ini..
Allah lah yang menanam rasa cinta ke dalam hati manusia..
Kecantikan, ketampanan, kekayaan dan segala macam bentuk kenikmatan adalah milik Allah dan Allah-lah yang berhak memberi dan menarik kembali apabila tiba masanya.
Ketika di dalam kekecewaan dan kebahagiaan, kita hendaklah menyerahkan segala – galanya kepada Allah S.W.T. disamping berd0a kepadaNya ..:)

Tuesday, January 3, 2012

5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."



Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"Ibrahim bin Adham berkata:

1.
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

2.
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

3.
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:

4.
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:

5.
"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Renung-Renungkan... =)

Sunday, January 1, 2012

DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA



Orang-orang yang meninggalkan Solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan Solat".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan Solat fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut.

Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan Solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isya'
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan Solat maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

>  6 perkara di dunia
>  3 perkara sewaktu hendak mati
>  3 perkara sewaktu di dalam kubur
>  3 perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Nauzubillahminzalik...