Dahulu hidupnya di
dalam kemuliaan dan kemewahan..
Dia seorang perempuan
yang mempunyai rupa paras yang
cantik dan juga
menawan..
Dia adaLah ;
Siti Zulaikha…
Pada asalnya dia
merupakan isteri kepada Al Aziz,
seorang pembesar
Mesir..
Namun setelah
ketiadaan suaminya,
ia menjadi jatuh
miskin dan wajahnya menjadi kelihatan tua...
Meskipun begitu,
kecintaannya kepada Nabi Yusuf A.S tetap sama..
Tidak berubah malah
hari demi hari,
zulaikha semakin
merindui dan mencintai Nabi Yusuf A.S.
Hari-harinya berlalu
dengan kekecewaan..
Zulaikha yang sebelum
ini seorang penyembah berhala..
Dia pernah menghempas
berhala – berhala tersebut sehingga
pecah berderai..
Sehinggalah pada
suatu masa,
Zulaikha beriman
kepada Allah S.W.T.
Pada suatu malam,
Zulaikha bermunajat
kepada Allah SWT,
“Ya Allah, tidak
sedikit pun harta dan
kekayaanku tinggal,
semuanya telah
musnah,
dan aku telah
menjadiorang yang tua,
terhina dan miskin.
Lalu Engkau uji pula
dengan rasa cinta
terhadap Yusuf...
Maka pertemukanlah
aku dengannya atau
Engkau hilangkanlah
rasa cinta
terhadapnya daripada
qalbuku...”
* Para malaikat
mendengar munajat Siti Zulaikha tersebut lalu berkata :
'' Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya Zulaikha
telah datang ke
HadhratMu ,
memohon kepadaMu
dengan iman dan
ikhlas..''
Maka Allah berfirman
:
'' Wahai para
malaikat Ku, telah dekat waktu keuntungan dan kebebasannya...''
Siti Zulaikha Menemui
Rombongan Yusuf A.S.
...Pada suatu
hari....
Nabi Yusuf A.S
berjalan melewati pondok Siti Zulaikha
bersama dengan
rombongan tenteranya..
Maka keluarlah Ziti
Zulaikha dari dalam pondoknya,
dan pergi menemui
rombongan Nabi Yusuf A.s lalu berkata,
'' Maha Suci Zat yang
telah menjadikan dengan RahmatNya
seorang budak menjadi
raja..''
Kemudian Yusuf A.s
bertanya :
“Siapakah engkau ?
Zulaikha menjawab :
“Aku adalah orang
yang telah membelimu dengan permata,
intan, berlian,
emas,dan minyak yang
paling wangi..
Akulah orang yang
tidak pernah kenyang
apabila makan
semenjak aku menyintaimu,
dan mataku tidak
dapat dipejamkan semenjak
memandangmu...
Lalu Nabi Yusuf A.s
berkata :
“Mungkin engkau
adalah Zulaikha !”
Jawab Zulaikha,
“Benar Ya Yusuf..”
Yusuf bertanya lagi,
“Kemanakah
harta,kecantikan dan segala kemewahanmu
yang dahulu ?”
Zulaikha menjawab,
“Semuanya telah
lenyap lantaran cintaku kepadamu,
Yusuf bertanya,
“Bagaimana dengan
keadaan cintamu itu ?
Zulaikha berkata,
“Cintaku tetap tidak
berubah, malah setiap saat semakin menyintaimu ...
Kemudian Yusuf as
berkata kepada Zulaikha,
“Apakah yang engkau
inginkan lagi wahai Zulaikha ?”
Zulaikha menjawab,
“Aku mengingini tiga
(3) perkara iaitu kecantikan, harta dan perkahwinan.”
..Lalu Yusuf A.S.
berlalu pergi untuk meninggalkan Zulaikha..
..Allah SWT
Menikahkan Nabi Yusuf A.S. dengan Zulaikha..
Allah SWT telah
mewahyukan Yusuf A.S. ketika baginda berlalu
pergi meninggalkan
Zulaikha...
“Wahai Yusuf, engkau
telah berkata kepada
Zulaikha apa yang
engkau inginkan...
Akan tetapi engkau
tidak memberikan
jawapan diatas
keinginannya itu...
Ketahuilah olehmu,
bahawasanya Allah
telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha,
Dia telah mengucapkan
khutbahnya sendiri,
disaksikan oleh para
malaikat dan bidadari – bidadari
yang pun telah
menabur bunga – bunga...
Nabi Yusuf A.S
berkata kepada Jibril ,
'' Wahai Jibril,
sesungguhnya Zulaikha
tidak lagi memiliki
harta dan kecantikan...''
Jibril A.S. lantas
menjawab,
“Allah berfirman,
walaupun Zulaikha
tidak memeliki
kecantikannya lagi,
namun sesungguhnya
Aku mempunyai
kekuasaaan dan kebesaran.”
Kemudian Allah S.W.T.
memberikan kepada Zulaikha
rupa paras yang muda
dan sangat cantik,
melebihi daripada
kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu...
Lalu Allah S.W.T.
menanamkan ke dalam hati Yusuf
rasa cinta dan kasih
sayang...
Sebelumnya Yusuf
sebagai orang yang dicintai,
namun sekarang Yusuf
menjadi seorang pencinta...
Sedangkan pada suatu
ketika dahulu
Zulaikha menjadi
seorang pencinta,
kini dia menjadi
orang yang dicintai...
Subhanallah :)
..Pengajaran dari
kisah ini..
Allah lah yang
menanam rasa cinta ke dalam hati manusia..
Kecantikan,
ketampanan, kekayaan dan segala macam bentuk kenikmatan adalah milik Allah dan
Allah-lah yang berhak memberi dan menarik kembali apabila tiba masanya.
Ketika di dalam
kekecewaan dan kebahagiaan, kita hendaklah menyerahkan segala – galanya kepada
Allah S.W.T. disamping berd0a kepadaNya ..:)
No comments:
Post a Comment